Home » Langit Terbuka » Zionis laksana rancangan cacatkan pemuda Palestin

Zionis laksana rancangan cacatkan pemuda Palestin

BETHLEHEM, 20 Sept. – Puluhan remaja dan pemuda Palestin kini hilang upaya kekal untuk berjalan apabila tentera rejim Zionis menembak bahagian kaki mereka – satu rancangan yang dibuat bagi melumpuhkan tentangan terhadap Israel.

Sebuah pergerakan yang mempertahankan penduduk Palestin dan hak pelarian dikenali sebagai BADIL baru-baru ini, mendedahkan komander tentera Israel dikenali sebagai Kapten Nidal mengancam mencacatkan pemuda Palestin di kem pelarian.

Menurut laporan, Kapten Nidal berulang kali membuat ancaman itu ketika melakukan soal siasat dan serbuan ke atas kem pelarian Palestin.

Malah, dalam beberapa kejadian, BADIL melaporkan 30 penduduk Palestin ditembak dengan peluru hidup di kem itu semenjak awal tahun ini dan majoriti mereka cedera di kaki dan lutut.

Di kem pelarian Al-Duheisha sahaja, tentera rejim melakukan beberapa siri serbuan dan serangan sejak Julai hingga Ogos lalu.

Seramai 18 pemuda Palestin berusia antara 14 dan 27 tahun cedera ditembak di kaki hingga menyebabkan kecacatan sementara dan kekal.

“Ancaman-ancaman ini menunjukkan bahawa tindakan ini bukan sengaja dilakukan, tetapi disebabkan dasar tentera Israel untuk menyekat kemaraan pemuda Palestin dengan mencederakan mereka.

“Tindakan yang sengaja itu turut dilakukan di kem pelarian lain seperti Ayda, al-Arrub, Qalandiya, Amari dan Tebing Barat. Umumnya, tindakan ini membuktikan pelaksanaan ancaman Kapten Nidal,” kata BADIL. – Agensi

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *