SHAH ALAM 15 Feb. – Diplomat Israel, David Roet mendakwa penyertaan delegasi negara itu ke World Urban Forum (WUF) ke- 9 anjuran Program Petempatan Manusia PBB (UN-Habitat) di Kuala Lumpur mendapat kebenaran Malaysia.
Roet dipetik oleh laman web The Jerusalem Post berkata, kebenaran itu diperoleh selepas Israel guna tekanan diplomatik sehingga ke pejabat Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.
Katanya, delegasi Israel ke PBB berjuang dalam isu petempatan manusia dan Malaysia sebagai tuan rumah perlu bertanggungjawab benarkan kehadiran peserta dari seluruh dunia ke WUF.
Roet berkata, beliau adakan pertemuan dengan pegawai tinggi di Malaysia, namun tiada perbincangan hubungan Israel dengan negara ini.
“Israel tidak melihat Malaysia musuh atau negara bermusuhan dan tiada sebab kedua-duanya tiada hubungan,” katanya.- SINAR HARIAN
KOMEN