Home » Citra Yadim » Zikir Berkah D’Kinabalu seru sentiasa berkasih sayang

Zikir Berkah D’Kinabalu seru sentiasa berkasih sayang

ZIKIR Berkah di Kinabalu pada 20 Mei yang merupakan salah satu pengisian program Jelajah Keluarga Malaysia Sabah berjalan lancar dan menerima sambutan sangat baik daripada warga Kota Kinabalu.

Forum bertajuk ‘Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera’ yang membawakan pendakwah terkenal Ustaz Zul Ramli M Razali dan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, sebagai menyeru agar sentiasa berkasih sayang sesama ahli keluarga sebagai mesej utamanya.

Penolong Pengarah YADIM Sabah, Ustaz Ramlee Daud merupakan moderator bagi forum ini.

Sementara itu Pengarah YADIM Negeri Sabah, Ustaz Muhammad Akmal Othman dalam tausiyahnya menyeru agar sentiasa bertaut hati untuk sentiasa cintakan Nabi Muhammad SAW dalam segenap aspek kehidupan agar sentiasa mendapat keredhaan Allah.

Zikir Berkah D’ Kinabalu diserikan dengan persembahan nasyid dan alunan zikrullah dari lagenda nasyid tanah air Saudara Nazrey Johani dan Kumpulan Nasyid Syahmura. Hadir sama majlis ini Menteri Tugas-Tugas Khas Negeri Sabah, Datuk Haji Arifin Mohd Arif.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *