KUCHAI LAMA – Program Ziarah Sinar Syawal Musaádah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diteruskan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Sentosa di sini dengan menyantuni keluarga asnaf di sekitar kawasan ini.
Seramai 50 penerima disantuni YADIM dalam satu majlis ringkas di sini pada 21 Mei yang turut dihadiri oleh Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran, Lok Chee Wai, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Rafidah Kamson dan Penolong Kanan Tingkatan Enam, Doreen Veronica Dsouza sebagai wakil sekolah.
YADIM diwakili oleh Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda, Syahrizal Mat dan Penolong Pengarahnya, Muhammad Muzzammil Musbah.
Lima penerima menerima sumbangan masing masing di sekolah berkenaan sebagai gimik manakala penerima selebihnya akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank masing masing.
Sumbangan juga disampaikan kepada penerima bukan Islam, sesuai dengan dakwah YADIM yang dilaksanakan pada semua.
Terdahulu program yang sama telah dilaksanakan di Sekolah Menengah Raja Jumaat, Port Dickson pada 20 Mei.
KOMEN