MARANG – Misi ziarah mangsa banjir di negeri ini dilaksanakan pula di Bukit Payong di sini, oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu.
Sebanyak 15 rumah diziarahi oleh YADIM Terengganu yang diketuai oleh Penolong Pengarahnya, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin pada 7 Disember. Mereka turut mengagihkan sumbangan barangan keperluan harian kepada mangsa bencana yang diziarahi.
YADIM Terengganu sebelum ini telah mengadakan beberapa siri ziarah dan sumbangan kepada mangsa banjir di negeri ini, antaranya di Dewan Undangan Negeri Air Putih dan Dewan Undangan Negeri Ladang.
KOMEN