Home » Citra Yadim » Ziarah keluarga Allayarham Ustaz Nasrul Hadi

Ziarah keluarga Allayarham Ustaz Nasrul Hadi

SIFAT Cakna dan ukhuwah Islamiah yang kukuh merupakan elemen penting yang sentiasa ditekankan dalam organisasi YADIM.
Pada 13 Februari, YADIM Negeri Pahang telah menzahirkan perkara ini dengan menghantar rombongan SAY YADIM Pahang yang diketuai oleh Pengarah YADIM Pahang untuk menziarahi keluarga Allahyarham Ustaz Nasrul Hadi Saiadin, Pengarah YADIM Terengganu yang meninggal dunia pada hari Ahad, 9 Februari yang lepas.
Dalam ziarah tersebut, rombongan YADIM Negeri Pahang berkesempatan bertemu dan menyantuni balu Ustaz Nasrul Hadi dan semua anak beliau selain menyampaikan sumbangan YADIM Negeri Pahang kepada keluarga Allahyarham Ustaz Nasrul Hadi.
Dalam kesempatan tersebut juga, rombongan SAY YADIM Negeri Pahang telah berkunjung ke Pejabat YADIM Negeri Terenganu dan beramah mesra dengan kakitangannya.
Rombongan YADIM Nwgeri Pahang telah disambut oleh Penolong Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Ali Azfar Khairul Faiz.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *