NABAWAN – Usaha menyantuni dan mendekati masyarakat Islam di pedalaman negeri ini sentiasa dilaksanakan secara konsisten bagi memastikan silaturrahim sentiasa terjalin dan mereka tidak merasa dilupakan.
Inisiatif terbaharu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah itu dilaksanakan pada 10 dan 11 Julai lalu ke Nabawan, Pengkalan Salong dan Pensiangan di sini.
Perjalanan ke Nabawan, destinasi pertama program mengambil masa lebih 3 jam untuk sampai.
Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Sahibus Samahah ialah antara yang turut serta dalam program YADIM Peduli : Ziarah Kasih ke Nabawan, Salong dan Pensiangan ini. Mewakili YADIM pula ialah Pengarah Sabah, Samin Ongki serta pegawai pegawai badan dakwah ini.
Menariknya, program ini turut disertai oleh bekas Datuk Bandar, Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai.
Antara pengisian program ini termasuklah solat berjemaah bersama penduduk, penyerahan sumbangan dan ziarah kepada 50 keluarga asnaf yang memerlukan serta taklimat aspek keselamatan oleh pihak polis daerah Nabawan.
KOMEN