RANTAU PANJANG – Selain Port Dickson, Kuala Langat dan Kuchai Lama, Program Ziarah Kasih menjelang Syawal juga dilakukan oleh Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) di sini.
Bermula 16, 17 dan 22 Mei, SAR Kapar telah menyantuni sebanyak 12 keluarga yang memerlukan di Kampung Rantau Panjang. Setiap keluarga menerima barangan dapur dan sedikit wang tunai.
Ketua Pasukan SAR Parlimen Kapar, Alifah Nasiran ialah antara yang terlibat dalam program ini bersama ahli jawatankuasanya.
Dana bagi program ini disumbangkan oleh seorang hamba Allah yang mengamanahkan SAR Kapar untuk mengagihkannya kepada golongan yang memerlukan.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak menceriakan para penerima menjelang Syawal yang bakal tiba.
KOMEN