MACHANG – Bukan kecil pengorbanan Mohd Khairul Azhar Ahmad.
Dia meninggalkan keluarganya di Perlis untuk menjaga ibunya yang kini terlantar akibat diserang angin ahmar sejak tiga bulan lalu.
Ibunya, Puan Ishah Daud, 72 kini bergantung kepada Mohd Khairul Azhar untuk menguruskan dirinya. Kini hanya mampu minum susu, anak lelakinya itulah yang menguruskan segala keperluannya.
Isterinya kini sendirian di Perlis bekerja di sebuah kedai makan di sana.
Sebaik dikhabarkan mengenai situasi ini, YADIM Kelantan segera menziarahi keluarga ini di Kampung Pangkal Chuit di sini bagi menyantuni mereka.
Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang pada 8 November menyampaikan sumbangan ubat-ubatan, susu dan lampin pakai buang untuk kegunaan Puan Ishah.
Hadir sama ialah Ketua Sukarelawan YADIM Machang, Encik Muhammad Khairul Che Khalid.
Didoakan agar dipermudahkan segala urusan keluarga ini
KOMEN