BONGAWAN – Kampung Sumbiling di sini pada 19 Februari telah menerima kunjungan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
Menerusi kunjungan tersebut, seramai 50 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada badan dakwah ini bertujuan meringankan beban mereka.
Mereka yang menerima sumbangan termasuk keluarga bukan Muslim sesuai dengan gerak kerja YADIM yang bersama rakyat tanpa mengira latar belakang mereka.
YADIM Sabah diwakili oleh pengarahnya, Samin Ongki.
Program ini juga dihadiri oleh Pegawai Pembangunan Masyarakat Bongawan, Haji Yusof Minin mewakili Ahli Parlimen Kimanis, Yang Berhormat Datuk Mohamad Alamin dan wakil2 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Hidayah Centre.
KOMEN