Home » Citra Yadim » Ziarah harmoni sempena Tahun Baharu Cina

Ziarah harmoni sempena Tahun Baharu Cina

LENSA Ziarah harmoni sempena Tahun Baharu Cina oleh YADIM Terengganu di Kampung Mangkok, Kampung Fikri, Kampung Rhu Sepuluh dan Kampung Penarik, Setiu pada 7 Februari.
Dengan kerjasama Sukarelawan YADIM (SAY) Kampung Mangkok, Setiu sebanyak 10 keluarga disantuni menerusi pemberian hamper, biskut dan limau.
Terpancar keceriaan di wajah penerima dengan tanda ingatan oleh YADIM Terengganu ini.
Sumbangan disampaikan Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin bersama Pengerusi SAY Kampung Mangkok, Puan Rusnita Ngah.
Terdahulu pada hari yang sama, YADIM Terengganu menyantuni 35 keluarga sempena Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang di Samnaksong Ti Ratana Kampung Renek, Besut.

Artikel Berkaitan

KEMAS wujud 4,000 kelas TABIKA Pra Tahfiz tahun ini

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memperluaskan usaha melahirkan generasi huffaz cilik dengan menubuhkan 4,000 kelas TABIKA Pra Tahfiz membabitkan 60,000 kanak-kanak di

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *