GEORGETOWN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang telah mengadakan program ziarah gelandangan di sekitar bandaraya pada 29 April.
Seramai 60 gelandangan disantuni menerusi pemberian makanan dan minuman dalam kunjungan ini.
Selain pemberian makanan, pegawai YADIM Pulau Pinang yang hadir turut bertanya khabar dan pemasalahan gelandangan yang disantuni.
Program ini adalah salah satu pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360).
KOMEN