USAI menunaikan solat Jumaat di Felda Kemasul, Bentong pada 6 Oktober, Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus telah meluangkan masa menyantuni komuniti di sana.
Meskipun sekadar pertemuan ringkas di gerai makan, ia dimanfaatkan sepenuhnya untuk beramah mesra dan menjalin silaturrahim bersama mereka.
Kehadiran Datuk Hasanuddin ke Felda Kemasul adalah sempena program Pelangai Bermunajat pada sebelah malam kelak.
Turut hadir ialah Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan YADIM, Kapten (B) Shamsuddin Moner, Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Alwi Muda serta kakitangan Felda Kemasul.
KOMEN