YANG Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus telah menerima kunjungan dua orang wakil Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris di pejabatnya di Putrajaya pada 18 Januari.
Prof Madya Dr. Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi dan Ustaz Muhammad Hasbi Abdul Rahman telah mengadakan perbincangan cadangan kerjasama modul sebutan dalam solat dan kursus hafazan Al Quran dalam pertemuan itu.
Turut disentuh ialah mengenai beberapa program mahasiswa yang boleh dianjurkan melalui Training Of Traineers dan pembangunan mahasiswa yang menguasai Al-Quran.
Ustaz Hasbi juga membincangkan beberapa cadangan kerjasama program penyelidikan dan penterjemahan yang dapat dimanfaatkan melalui program Japan Da’wah Centre (JDC).
Hadir sama dalam pertemuan ini ialah Penolong Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Ustaz Farisul Fakhrul Adabi.
KOMEN