MADINAH – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiyah (YADIM) Nik Omar Nik Abdul Aziz ditemu ramah oleh Bahagian Media Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi berkaitan Program Tetamu Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman Abdulaziz Al Saud Bagi Menunaikan Umrah” sejurus tiba di hotel penginapan di Madinah.
Nik Omar dijemput oleh kerajaan Arab Saudi bagi menyertai program bermula dari 3 hingga 13 April.
Program yang turut disertai 225 jemaah dari 27 negara, bertujuan mengeratkan persaudaraan sesama muslim, disamping bertukar pandangan dan memanfaatkan pengalaman bersama masyarakat Islam dari seluruh dunia.
Antara negara terlibat ialah Indonesia, Filipina, India, Bangladesh, China, Pakistan, Thailand, Bosnia dan Herzegovina, Kosovo, Croatia dan Slovenia.
Turut sama dijemput ialah tetamu dari Macedonia, Serbia, Albania, Montenegro, Korea Selatan, Hong Kong, Mauritania, Algeria, Mesir, Tunisia, Maghribi, Sudan, Maldives, Jordan dan Lubnan.
Kumpulan jemaah Malaysia telah berlepas ke Madinah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam (3 April) manakala jemaah lain berlepas dari negara masing-masing dan akan berada di Mekah sehingga 13 April depan. – Foto Ihsan Bernama
KOMEN