Home » Langit Terbuka » Yahudi dan Amerika tunjuk degil, papan tanda kedutaan baharu mula dipasang

Yahudi dan Amerika tunjuk degil, papan tanda kedutaan baharu mula dipasang

Papan tanda Kedutaan Amerika Syarikat di Jerusalem telah dipasang pada 7 Mei. Foto REUTERS.

BAITULMAQDIS: Pekerja sibuk mendirikan tanda jalan ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) yang dijangka dibuka Baitulmaqdis pada 14 Mei ini, langkah yang dianggap bersejarah oleh rejim Zionis tetapi dibantah keras penduduk Palestin.

Mereka mendirikan papan tanda bertulis ‘Kedutaan AS’ dalam bahasa Hebrew, Arab dan Inggeris sekitar lokasi, kini bangunan konsular AS, di kawasan penempatan Arnona di bandar raya itu.

Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada 6 Disember lalu dan memindahkan kedutaanterletak di Tel Aviv ke Baitulmaqdis bulan ini.

Kedutaan akan dirasmikan Isnin depan, sempena ulang tahun ke-70 penubuhan negara haram Yahudi, Israel. – Agensi

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *