Home » Citra Yadim » YADIM Zon Selatan perluaskan hubungan strategik

YADIM Zon Selatan perluaskan hubungan strategik

JOHOR BHARU – Sebagai salah satu usaha memperkukuh jalinan strategiknya di selatan tanah air, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini (6 September) telah mengadakan kunjungan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan Koperasi Dan Ekonomi Kreatif Negeri Johor.

Dalam kunjungan itu, YADIM diwakili oleh Pengurus Besar Pengurusan Dan Kewangannya, Tuan Redhauddin Kamaruzzaman dan Pengarah YADIM Zon Selatan, Tuan Ammar Abdullah.

Lawatan kepada YB Sheikh Umar Bagharib Ali, Pengerusi Pembangunan Keusahawanan Koperasi Dan Ekonomi Kreatif Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh, Johor itu membincangkan beberapa kerjasama yang boleh dijalankan secara bersama oleh YADIM dan pihak berkaitan di Johor.

Lawatan berkenaan diharap bakal memperkukuh lagi peranan YADIM dalam bidang dakwah di Johor.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *