BATU PAHAT – Prihatin dengan nasib mangsa banjir di Senggarang di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) tampil menghulurkan bantuan kepada mereka.
Pengarah YADIM Zon Selatan, Tuan Ammar Abdullah berkata, seramai 30 keluarga disantuni dengan barangan keperluan asas.
“Sumbangan ini adalah daripada YADIM sendiri dan orang ramai, kita membantu sekadar yang terdaya sebagai tanda keprihatinan,”.
“Mereka sangat terharu dengan inisiatif YADIM ini. Memandangkan keadaan mereka yang sedang kesusahan” tambahnya lagi.
Sumbangan dilakukan di Pejabat Penghulu Mukim Senggarang di sini.
KOMEN