Home » Citra Yadim » YADIM – Yayasan Amal raikan 200 komuniti Cina Chow Kit

YADIM – Yayasan Amal raikan 200 komuniti Cina Chow Kit

KUALA LUMPUR –  Yayasan Amal Malaysia, sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin telah  meraikan seramai 200 masyarakat cina sekitar Chow Kit di sini bersempena Sambutan Tahun Baharu Cina di Hotel Sani Kuala Lumpur.

Dalam program pada 12 Februari ini, seramai 200 orang kaum Cina Tiong Hua yang sebahagiannya merupakan golongan mualaf menerima angpau dan juga barangan keperluan yang disumbangkan oleh YADIM.

Sumbangan berkenan disampaikan oleh Pengarah Kanan Pejabat Yang Dipertua YADIM, Ustaz Muhammad Najhan Shahir Halim, bagi meringankan kehidupan mereka yang rata-rata adalah penduduk sekitar Jalan Chow Kit.

Majlis turut diselitkan dengan kuliah ringkas tentang Islam yang disampaikan penceramah dari Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA).

Yayasan Amal Malaysia merupakan NGO yang aktif menjalankan aktiviti dakwah dan kebajikan di seluruh negara dan juga antarabangsa termasuk memilki pusat dakwah dan latihan melatih para pendakwah.

  Semoga majlis berkenaan dilimpahkan hidayah dan rahmat daripada Allah dan didoakan buat mereka diberi hidayah oleh Allah agar menerima Islam sebagai cara hidup.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *