Home » Citra Yadim » YADIM Undang NGO Afghanistan ke Multaqa Ulama Sedunia

YADIM Undang NGO Afghanistan ke Multaqa Ulama Sedunia

PUTRAJAYA – Afghan Societty for Social Reform and Development , sebuah badan bukan kerajaan dari Afghanistan telah melakukan satu kunjungan hormat ke Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di ibu pejabatnya di sini pada 23 Disember.

Kunjungan itu yang diketuai oleh Presidennya, Dr Muhammad Atif, adalah sempena penyertaan mereka dalam Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang berakhir pada 21 Disember lalu.

Hadir sama ialah Pengarah Hal Ehwal Luarnya, Dr Muhammad Haroon Khatibi dan wakil badan itu di negara ini. Mewakili YADIM dalam pertemuan ini ialah Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz dan Pengarah Kanan Pejabat Yang Dipertua, Wan Subki Wan Salleh.

Menerusi kunjungan selama setengah jam itu, YADIM dan NGO Afghanistan berkenaan membincangkan beberapa perkara berkaitan dakwah, serta bentuk kerjasama yang boleh dijalin antara kedua pihak.

Dalam perbincangan yang diadakan, YADIM telah menyatakan hasrat menjemput NGO tersebut untuk menyertai Multaqa Ulama Sedunia yang bakal dianjurkan tahun hadapan.

Berdasarkan pengalaman mereka, badan itu dijangka akan berkongsi pengetahuan dakwah (di Afghanistan) dengan para peserta multaqa itu nanti.

Afghan Societty for Social Reform and Development yang beribu pejabat di Kabul, ditubuhkan pada tahun 2004. Gerak kerja badan ini dibiayai oleh ilmuwan dan tokoh tokoh perniagaan dari negara itu.

Selain usaha pembaharuan, badan ini juga menumpukan usahanya ke arah pengisian ilmu dan pencerahan mengenai Islam di kalangan generasi muda.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *