Home » Citra Yadim » YADIM – UiTM jalin kerjasama

YADIM – UiTM jalin kerjasama

KUALA LUMPUR 17 Julai – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersetuju untuk bekerjasama dalam melaksanakan beberapa program termasuk menubuhkan Sahabat YADIM di kampus-kampus UiTM di seluruh Negara.

Selain itu, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang teknologi maklumat dengan menggunakan kepakaran pelajar-pelajar UiTM bagi mewujudkan pelbagai aplikasi yang sekaligus menjadikan bidang dakwah lebih menarik.

Persetujuan itu dicapai hasil pertemuan kedua-dua pihak yang diadakan di Ibu Pejabat YADIM pada hari ini.

Dalam perbincangan itu, YADIM diketuai oleh Yang Dipertua, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, manakala pihak UiTM diketuai oleh Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni, Prof. Dr. Norsaadah Ismail.

Melalui kerjasama itu, para pelajar UiTM yang menyertai Sahabat YADIM akan dilatih sebagai kader-kader dakwah yang akan dapat membantu usaha dakwah yang akan dijalankan melalui program-program YADIM.

Program ini adalah satu usaha bagi melahirkan golongan terpelajar yang mampu menjadi pemimpin Islam yang tulen serta mempunyai wawasan yang jelas bagi meletakkan Islam di tempat yang tertinggi.

Selain itu, pihak UiTM juga akan membantu usaha memantapkan penggunaan teknologi seperti laman web, aplikasi mobil dan sistem pemantauan bagi menjadikan teknologi maklumat mampu menjadi prasarana dakwah yang menarik dan berkesan terutama kepada golongan muda serta bukan Islam.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *