Home » Citra Yadim » YADIM terus santuni frontliners

YADIM terus santuni frontliners

SEREMBAN – Selepas menyampaikan sumbangan kepada anggota bomba dan polis di sekitar Kajang dan Bangi pada 4 Mei lalu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sekali lagi menyantuni golongan ini pada 6 Mei.

Jika pada 4 Mei lalu mereka menerima sumbangan set KFC, buah kurma dan air mineral, kali ini para petugas disantuni dengan pek makanan daripada YADIM.

Sebanyak 25 set disampaikan kepada petugas barisan hadapan di sekatan jalan raya (SJR) di Putrajaya, Port Dickson dan Seremban. Turut menerima sumbangan ialah pengawal keselamatan Pusat Latihan Perindustrian Bangi.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Peagawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh kepada wakil wakil petugas barisan hadapan tersebut di SJR masing masing.

Program ini adalah sebahagian pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360).

 

Artikel Berkaitan

Tanggapan salah terhadap dialog

Apabila disebut dialog antara agama, sebahagian besar masyarakat Malaysia khususnya orang Islam memandang negatif dan menolak keberadaan mekanisme dialog antara agama di

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *