Home » Citra Yadim » YADIM Terengganu santuni 139 asnaf Parlimen Kuala Nerus

YADIM Terengganu santuni 139 asnaf Parlimen Kuala Nerus

BULUH GADING – Meskipun negara semakin menunjukkan perkembangan positif dalam menangani Covid-19, ia bukan bermakna usaha menyantuni rakyat yang terkesan boleh diperlahankan.

Cakna dengan keperluan ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu menerusi program Musaáah PKP 3.0 pada 10 September menyantuni 139 asnaf yang terkesan dengan pandemik ini dengan pemberian barangan keperluan harian. Secara keseluruhannya, lebih RM8,500 dibelanjakan untuk menyantuni golongan yang memerlukan pada program ini.

Inisiatif ini bermula di Perumahan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Banggol Peradong di sini dengan 33 keluarga menerima sumbangan YADIM Terengganu.

Ia kemudiannya diteruskan pula di Perumahan Awam Kos Rendah Banggol Peradong apabila 67 keluarga disantuni.

Hadir ke program di sini ialah Timbalan Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Buluh Gading, Yang Berhormat Ustaz Ridzuan Hashim dan ahli Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Banggol Peradong, Mashadi Mat Amin.

Selesai di Banggol Peradong, YADIM menuju ke Taman Perumahan MAIDAM Padang Nenas pula untuk lokasi seterusnya. Di sini, Ahli Dewan Undangan Negeri Tepuh, Yang Berhormat Ustaz Hishamuddin Haji Abdul Karim menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada 39 keluarga yang dikenalpasti memerlukan.

Hadir sama ialah ahli Jawatankuasa Perbangunan Komuniti  Perumahan Alor Jambu Kamarudzaman Nik.

Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin hadir sama di ketiga tiga lokasi program.

 

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *