Home » Citra Yadim » YADIM terajui gerakan dakwah negara

YADIM terajui gerakan dakwah negara

Dr Zulkifli (kiri) ketika menerima kunjungan Tuan Kamarul Arief

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia perlu berani dan sepatutnya menerajui gerakan dakwah Islamiah di negara ini.

Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri ketika menyatakan pandangannya berkata, sikap YADIM itu sendiri yang boleh diterima di seluruh negara, menyebabkan ianya sesuai untuk peranan dan gerakan tersebut.

“Kalau kita lihat organisasi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai contoh lebih kepada urusan pentadbiran Islam negara, acara kebesaran Islam, penyelarasan Guru Takmir dan sebagainya, walaupun kita nampak tugasnya dakwah.

“Kita ada banyak organisasi berkaitan Islam seperti JAKIM, Tv Al Hijrah dan sebagainya, YADIM dari segi nama sudah sebut tentang dakwah, ini kena pegang betul betul, YADIM ini sifatnya negara,” katanya.

Zulkifli berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Operasi YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh kepada beliau di pejabatnya di sini hari ini (1 Julai).

Kunjungan berkenaan bertujuan mengadakan perbincangan bagi menyertai serta melibatkan pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam program program YADIM dalam masa terdekat.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata nama YADIM akan gah dan peranannnya akan lebih dihargai sekiranya ia fokus kepada usaha dakwah.

“Kami di Pejabat Mufti tidak dapat fokus sepenuhnya kepada kerja dakwah, kami lebih kepada penetapan fatwa, sebab itu ada banyak kajian.

“Berbeza dengan YADIM yang jadi ‘bapa’ kepada banyak badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang menjalankan kerja dakwah,” jelas beliau.

Zulkifli turut mengingatkan, dalam usaha melaksanakan dakwah Islamiah, usaha berkenaan juga seharusnya disasarkan kepaa golongan Muslim sendiri seperti meningkatkan kefahaman Islam, program program di sekolah dan sebagainya.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai kerjasama, Tuan Kamarul Arief menyatakan hasrat pihaknya untuk turut serta dalam program program yang dianjurkan oleh Pejabat Mufti seperti turun padang ke Sabah dan Sarawak atau berdakwah kepada Orang Asli.

Turut disampaikan ialah hasrat YADIM untuk melahirkan lebih ramai golongan tekno daie di negara ini, rancangan program dialog antara agama dan penghasilan modul dakwah.

Zulkifli menyambut baik cadangan dan hasrat yang disuarakan oleh Tuan Kamarul Arief sambil menegaskan kini sudah tiba masanya untuk organisasi dakwah negara bergerak dan bekerja dengan lebih pantas.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *