AYER KEROH – Selepas menyumbang satu tan makanan untuk penghuni Zoo Melaka di sini sebelum ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 8 Julai menambah jumlah sumbangan tersebut.
Â
Â
Kali ini bantuan untuk penghuni zoo sebanyak RM4,000 disumbangkan selain 80 set barangan keperluan harian untuk para petugasnya.
Â
Hadir ke acara penyerahan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Melaka,Sahibus Samahah Dato’ Halim Tawil, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman dan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka, Datuk Haji Md Rawi Mahmud.
Â
YADIM diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Pengarah YADIM Melaka, Muzafar Abd Rahim.
Â
Dalam reaksinya, Datuk Dr Zulkifli menyatakan sokongannya terhadap program ini yang disifatkannya sebagai peka terhadap keperluan semua.
Â
“Syabas dan tahniah YADIM. kerana menyantuni bukan sahaja manusia, tetapi juga haiwan,” kata beliau ringkas.
Â
Selain satu tan makanan ,badan dakwah ini juga menyumbang 30 kotak barangan keperluan harian untuk kakitangan Zoo Melaka pada 2 Julai.
KOMEN