PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 15 Januari telah menyumbang kepada misi kemanusiaan anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ke Pahang dan Kelantan.
Program JAWI tersebut menerusi Jawi Food Bank diadakan dengan kerjasama masjid-masjid di Wilayah Persekutuan.
Bantuan berkenaan merupakan keperluan asas bernilai RM 275,000 diagihkan pada 15 dan 19 Januari nanti.
Bagi program ini YADIM menyumbang 50 pek makanan segera seperti bubur, biskut dan makanan mudah masak, 50 kotak (1200 cawan air mineral) serta 50 bahan bacaan buku berjudul Hamba Terpilih yang mengandungi panduan menunaikan ibadah ketika bencana.
KOMEN