JOHOL – Sekelip mata semua peralatan rumah musnah. Itulah yang digambarkan penduduk di kawasan ini yang menjadi musibah banjir pada 16 Mei.
Penduduk yang ditemui YADIM Negeri Sembilan nyata terkejut dengan musibah tersebut yang disifatkan mereka terburuk dalam tempoh 53 tahun.
Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Ulu Inas, Kampung Dingkir, Kampung Senginyeh Kabong, Kampung Gating dan Kampung Senibai di sini. Tiga kampung Orang Asli di sini turut terkesan dengan bencana ini.
Beberapa buah masjid turut ditenggelami air dalam banjir ini.
Bertindak segera bagi menyantuni mangsa kejadian, YADIM Negeri Sembilan dan rakan strategiknya, Sukarelawan Al Baasith, telah menyampaikan sumbangan makanan bermasak dan air minuman pada 17 Mei.
Program turun padang ini dihadiri oleh Penyelaras YADIM Negeri Sembilan, Ustaz Hassanal Haris serta Isa Sulaiman dan Khairul Nizam Khairudin dari Sukarelawan Al Baasith.
Semoga sedikit sumbangan ini dapat membantu meringankan beban mangsa kejadian bencana ini.
KOMEN