Kenapa hantar ikuti kursus mengendalikan bot ? Itu antara yang menjadi persoalan ramai ketika mula mula timbul cadangan supaya kakitangan badan dakwah ini terlibat dengan kursus berkenaan.
Ada yang beranggapan tidak relevan namun sebenarnya YADIM mahu pastikan setiap gerak kerja yang dilaksanakan benar benar memberi impak dan berkesan bagi melestari gerakan dakwah.
Justeru bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara, Tronoh, Perak bermula 10 hingga 12 Mac ini, kira kira 20 kakitangan badan dakwah ini dari seluruh negara terlibat dengan Kursus Asas Bencana dan Pengendalian Bot yang dikendalikan sendiri oleh pegawai dan jurulatih bertauliah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Kakitangan yang dihantar ini merupakan mereka yang antara paling awal turun ke lapangan setiap kali bencana seperti banjir melanda.
Antara pendedahan secara teori dan praktikal yang diberikan ialah mengenai tatacara pengendalian bot, ikatan dan simpulan, pengenalan peralatan, pendekatan menyelamat dan sebagainya.
Untuk pengetahuan, YADIM juga sebelum ini telah menghantar Sukarelawannya di Pulau Pinang dan Sarawak menyertai Kursus Civil Defence Emervency Respons Team (CDERT) dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam.
Semoga apa yang YADIM laksanakan ini akan memberi manfaat kepada masyarakat yang kami santuni. Doakan kami ya…
KOMEN