KUCHING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak terus diberi kepercayaan oleh orang ramai bagi berinfaq dan mengedarkan sumbangan mereka untuk golongan yang memerlukan.
Pada 28 Februari, dengan kerjasama Geng Sedekah Kamek dan Sukarelawan YADIM Sarawak, mereka bergerak ke beberapa buah perkampungan bagi meneruskan misi bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Antara kawasan yang disantuni oleh YADIM bersama Sukarelawan YADIM adalah Taman Sukma, Bandar Baru Semariang dan Kampung Bukit Kudi di sini.
Penerima pertama adalah seorang ibu tunggal yang kehilangan mata pencarian akibat penyakit kencing manis yang dihadapinya agak serius sehingga menjejaskan penglihatan dan menyebabkan kehilangan punca pendapatan.
Lokasi penyerahan kedua adalah di Surau Darul Hijrah, Bandar Baru Semariang, Kuching.
Sebanyak 11 pek makanan asasi diserahkan kepada ahli jawatankuasa surau berkenaan.
Penyerahan ketiga adalah di Surau Nurul Hijrah, Kampung Bukit Kudi, Kuching. Sebanyak 5 pek sumbangan diserahkan kepada wakil penduduk, Saifuddin Mahidi.
Sumbangan pek makanan asasi yang disampaikan hari ini mengandungi barang-barang keperluan dapur seperti beras, telur, roti, tepung, teh, kopi dan susu.
KOMEN