Home » Citra Yadim » YADIM santuni pesakit kanser Hospital Pulau Pinang

YADIM santuni pesakit kanser Hospital Pulau Pinang

GEORGE TOWN -Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Cancer Survivors Malaysia hari ini menyantuni pesakit-pesakit kanser di Hospital Pulau Pinang menerusi program Ziarah Kasih.

Pegawai Eksekutif Kanan YADIM Zon Utara, Mohd Afifi Ruslan berkata kunjungan itu adalah untuk lebih mendekati pesakit selain mendedahkan fungsi YADIM kepada masyarakat.

Setiap kali ada yang menziarah, pesakit terlibat akan rasa lebih dihargai, secara tidak langsung program ini dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat, katanya ketika ditemui selepas lawatan itu di sini pada 14 Julai.

Katanya seramai 80 pesakit kanser di hospital itu menerima sumbangan berupa makanan dan buku-buku solat diberikan kepada pesakit yang beragama Islam. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *