Home » Citra Yadim » YADIM santuni banduan

YADIM santuni banduan

 

SUNGAI PETANI 18 Dis. – Golongan banduan perlu sentiasa disantuni dan dibimbing agar mereka mampu menangani cabaran setelah dibebaskan dan kembali ke pangkuan masyarakat.

Pengurus Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara, Hafsah Husain berkata, cabaran seorang bekas banduan sememangnya besar terutama dalam berhadapan dengan masyarakat yang mungkin mempunyai persepsi negatif terhadap mereka.

“Dengan sebab itu mereka perlu sentiasa dibimbingi dari aspek agama agar jati diri mereka lebih kental dan tidak mudah kembali mengulangi kesilapan lalu,’’ katanya.

Beliau berkata, YADIM Zon Utara dalam usaha berkenaan telah menganjurkan siri-siri Wacana Motivasi Penjara sepanjang 2017.

Katanya, pada tahun ini sebanyak 24 siri wacana telah diadakan melibatkan penjara-penjara di kawasan utara Malaysia iaitu Penjara Sungai Petani, Penjara Alor Setar, Penjara Pokok Sena, Penjara Jawi dan Penjara Taiping.

“Dalam setiap program itu, YADIM menjemput penceramah-penceramah yang menyentuh pelbagai topik seperti ibadat, akidah dan sebagainya dan kadangkala menyentuh tema tertentu seperti sirah Rasulullah sempena Maulidurasul,’’ katanya.

Beliau berkata, program berkenaan akan diteruskan lagi pada masa akan datang, bagi memastikan golongan berkenan mendapat bimbingan sebelum mereka kembali ke pangkuan masyarakat.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *