KOTA BHARU – Masjid, pejabat dan bilik pengajian di Pondok Tunjong di sini telah disanitasi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 8 September.
Inisiatif ini sebagai sebahagian daripada usaha memastikan pondok pengajian berkenaan terpelihara kebersihannya untuk kegunaan pelajar kelak.
Inisiatif ini dijalankan dengan kerjasama Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah  Malaysia (SAY) Kota Bharu.
Program bermula pukul 10 pagi ini turut disertai Penolong Pengarah YADIM Kelantan, Aidi Kussuma  Mamat serta Setiausaha SAY Jajahan Kota Bharu, Badlila Bakri.Seramai 4 ahli SAY turut terlibat dalam program ini.
YADIM Kelantan sebelum ini telah melaksanakan kerja sanitasi antaranya di daerah Kuala Krai, Rantau Panjang, Pasir Puteh, Jeli dan Gua Musang.
KOMEN