SUNGAI PETANI 21 Jan. – Dalam memastikan dakwah kepada Orang Asli di pedalaman berkesan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) meneruskan program ziarah dari semasa ke semasa ke perkampungan masyarakat berkenaan.
Pengurus Eksekutif YADIM Zon Utara, Hafsah Husain berkata, dalam setiap lawatan yang diadakan YADIM akan menyampaikan bantuan serta meninjau keadaan keluarga Islam untuk memastikan kebajikan mereka terjaga termasuk dari segi amalan agama.
“Lawatan diadakan bersama penggerak Orang Asli Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dari semasa ke semasa bagi memastikan setiap masalah mereka dapat dikenal pasti dan seterusnya diberikan bantuan,’’ katanya.
Beliau berkata, pada 19 Januari lalu satu lawatan telah diadakan ke Kampung Air Bah, Gerik dan bantuan telah disampaikan kepada 60 keluarga di sana.
Menurutnya, YADIM berharap bantuan berkenaan mampu meringankan beban keluarga Orang Asli berkenaan yang ratra-ratanya masih berharap kepada hasil hutan dan pertanian untuk menyara kehidupan.
KOMEN