Home » Citra Yadim » YADIM sampai sumbangan kepada keluarga mangsa Christchruch

YADIM sampai sumbangan kepada keluarga mangsa Christchruch

ALOR SETAR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia hari ini (16 Mac)  menyampaikan sumbangan kepada keluarga Mohd Tarmzizi Shuib, 42, salah seorang mangsa kejadian tembakan rambang di Christchurch.

Sumbangan berkenaan disampaikan kepada kakak Tarmzizi, Mariani Shuib oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz di kediaman mereka di Hutan Kampung di sini pada kira kira jam 3 petang.

Dalam majlis ringkas berkenaan, Nik Omar turut mengetuai bacaan doa memohon keselamatan kepada ahi keluarga yang difahamkan akan berangkat ke New Zealand dalam masa terdekat.

Bagi pihak keluarganya, Mariani mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan kunjungan kepada keluarganya itu.

Selain Nik Omar, hadir sama ialah Timbalan Menteri Luar,YB Senator Datuk Marzuki Yahya, Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Datuk Mahfuz Omar serta Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Kedah, YB Datuk Dr Ismail Saleh.

Dalam kunjungannya sebelum ini, Mahfuz Omar berkata beliau sudah berbincang dengan Menteri Besar Kedah , Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Marzuki  bagi membantu keluarga Mohd Tarmizi.

Katanya, Pusat Khidmat Pokok Sena dan kerajaan negeri akan menaja dua tiket penerbangan keluarga berkenaan, manakala penginapan mereka di sana ditanggung Wisma Putra.

Mohd Tarmizi, merupakan salah seorang rakyat Malaysia selain dua lagi lelaki dikenali sebagai Nazril Hisham Omar dan Rahimi Ahmad yang terlibat dalam kejadian yang mengorbankan 49 orang akibat tembakan rambang di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand pada Jumaat lalu.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *