SIPITANG – Usaha menyantuni keluarga nelayan yang memerlukan di negeri ini oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah diteruskan ke daerah ini.
Pada 31 Mac, seramai 100 keluarga nelayan menerima sumbangan YADIM Sabah menerusi Program Sumbangan Musaádah Nelayan Pesisir Pantai Daerah Sipitang di sini.
Keluarga nelayan yang terjejas menerima sumbangan barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Sipitang, Yang Berhormat Hafez Yamani Tan Sri Musa.
Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Sipitang, Jeffery Yusof, Ketua Polis Daerah Sipitang Deputi Supritendan Champin Piuh dan Penolong Pengarah YADIM Sabah, Ustaz Ramlee Haji Daud.
YADIM Sabah sebelum ini pernah menyantuni nelayan yang terkesan dengan Covid-19 di Kuala Penyu, Kuala Papar dan Matunggong.
KOMEN