Home » Citra Yadim » YADIM Sabah terima sumbangan van daripada Bank Islam

YADIM Sabah terima sumbangan van daripada Bank Islam

KOTA KINABALU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 20 Jun telah menerima sumbangan sebuah van daripada Bank Islam.

Majlis penyerahan van Toyota Hiace 2.5 tersebut disaksikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Ahmad Marzuk Shaary di sini. Beliau kini dalam rangka lawatan kerja ke Sabah selama beberapa hari.

Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki menerima van tersebut daripada Ketua Bahagian Syariah Bank Islam Malaysia Berhad, Saiful Anuar Hambali.

Hadir sama dalam majlis ini ialah Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Sabah, Norjeli Dais, Pengarah Tabung Haji Sabah Datin Norlaila Said, Penolong Pengurus Besar Hubungan Strategik Bank Islam Malaysia Berhad, Bostamam Hassan serta Pengurus Pusat Kewangan Sosial, Hubungan Strategik , Mohd Izwadi Mat Hassan.

Dalam pada itu Samin berkata, YADIM Sabah berterima kasih kepada Bank Islam atas sumbangan ini dan menambah, ini membuktikan kerjasama baik antara agensi dan pihak berkaitan dalam hal ehwal Islam di Sabah.

Katanya lagi, YADIM Sabah dan Bank Islam sudah lama menjalin hubungan baik serta kerap mengadakan kerjasama dalam pelbagai bentuk seperti penganjuran forum, ceramah, ibadah qurban, pembinaan surau di kawasan pedalaman dan lain lain lagi.

Van tersebut akan digunakan dalam program program YADIM di Sabah, umpamanya inisiatif menyampaikan bantuan kepada pihak yang terkesan dengan Covid-19 ketika ini.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *