Home » Citra Yadim » YADIM Sabah santuni Saudara Kita di pedalaman

YADIM Sabah santuni Saudara Kita di pedalaman

 

21686882_1692554764150104_942801607613069606_o 21687084_1692554860816761_8043337979821864417_o 21753328_1692554700816777_1848562680425615008_o 21765788_1692555197483394_1968502118984194253_o

KOTA KINABALU 4 Okt. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah telah mengadakan program Program Sayangi Saudara Kita (Ziarah Dakwah) pada 20 September 2017 lalu bertempat di Pulau Nunuyan, Daerah Sandakan.

Pengarah YADIM Zon Sabah, Samin Ongki berkata, program itu turut disertai oleh, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)  N.42 Sungai Sibuga, Datuk Haji Salzo Asa.

Antara lain, beliau berkata, objektif program itu adalah untuk mendekati dan menyantuni golongan Saudara Kita di pedalaman Sabah sekaligus mendengar sebarang permasalahan yang wujud termasuk dari segi kefahaman agama dan ibadah mereka.

Selain itu, katanya, YADIM juga menyampaikan sumbangan kepada penduduk-penduduk di kampung berkenaan berupa barangan keperluan harian seperti beras dan gula.

“Diharapakan melalui program ini, hubungan para penduduk serta masyarakat Islam yang lain akan bertambah erat dan ini juga merupakan aspek dakwah dalam Islam iaitu mewujudkan perpaduan penduduk,’’ katanya

Selain daripada itu, beliau berkata, satu sesi taklimat Keselamatan dan demonstrasi telah diadakan oleh  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, Daerah Sandakan bagi memberi pendedahan kepada penduduk setempat mengenai langkah-langkah keselamatan akibat kebakaran.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *