KOTA KINABALU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 28 April telah bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini memasak dan mengedar bubur lambuk sempena menyambut Ramadan.
Ia diadakan dengan kerjasama Bahagian Agama dan Kaunseling Polis Diraja Malaysia IPK Sabah.
Sebanyak 300 pek bubur lambuk dan 300 pek bubur kacang dihasilkan sebelum diedarkan untuk anggota polis di IPK ini.
Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Deputi Komisioner Dato’ Mazli Malik dan Pengarah YADIM Sabah, Haji Samin Ongki.
KOMEN