KOTA KINABALU 15 Mac – Atas rasa prihatin terhadap nasib yang menimpa mangsa kebakaran di Kampung Bakau, Likas, Kota Kinabalu pada 14 Mac lalu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah tampil membantu dengan menyumbang pakaian dan air mineral.
Pengarah YADIM Zon Sabah, Samin Ongki berkata, bantuan itu sedikit sebanyak meringankan sedikit beban yang terpaksa dihadapi oleh mangsa serta ahli-ahli keluarga mereka selepas kebanyakan harta benda mereka musnah dijilat api.
“YADIM berharap mangsa-mangsa berkenaan tabah menghadapi dugaan ini dan berharap semoga lebih ramai pihak tampil untuk sama-sama membantu mereka memulakan kehidupan baru,’’ katanya.
Beliau telah mengadakan lawatan ke pusat penempatan sementara mangsa kebakaran itu bagi menyampaikan bantuan berkenaan.
Menurut laporan akhbar dalam kejadian pada kira-kira pukul 7 pagi 14 Mac itu, sebanyak 45 buah rumah setinggan di Kampung Muhibah, Likas, musnah dijilat api.
Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada litar pintas di sebuah rumah menyebabkan api yang marak merebak dengan cepat berikutan jarak setiap rumah yang agak rapat.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 8 pagi dan menggerakkan tiga jentera bomba bersama 44 anggota termasuk 13 anggota bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas ke tempat kejadian.
“Pasukan bomba tiba di tempat kejadian pada pukul 8.10 pagi dan kebakaran itu berjaya dikawal pada pukul 8.51 pagi,” kata kenyataan itu.
Kepantasan anggota bomba juga dapat menyelamatkan 30 buah rumah daripada dijilat api.
“Punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat. Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun seorang mangsa melecur telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk mendapatkan rawatan,” menurut kenyataan itu.
Anwar kukuhkan ‘silaturahim’ Malaysia-Mesir, tegaskan perjuangan demi Gaza
Di atas kertas, hubungan diplomatik Malaysia-Mesir mencapai usia 65 tahun sejak 10 November 1959, tetapi kunjungan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar
KOMEN