Home » Citra Yadim » YADIM Pulau Pinang santuni 40 asnaf Seberang Perai Utara.

YADIM Pulau Pinang santuni 40 asnaf Seberang Perai Utara.

KEPALA BATAS- Suami dibuang kerja, pesakit kronik, peniaga tidak dapat turun berniaga. Itulah antara yang disantuni dalam program YADIM Peduli Daerah Seberang Perai Utara pada 15 November.

Seramai 40 orang asnaf menerima sumbangan berupa barangan asas sekitar program berkenaan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang yang berlangsung sekitar Seberang Perai Utara (SPU).

Program yang bermula di Dewan Surau Permatang Tinggi C, Kepala Batas bermula dengan melibatkan 20 orang asnaf yang terdiri dari ibu tunggal dan warga tua berlangsung mengikut SOP Covid 19 ini dimulakan dengan ucapan Pengerusi Surau Permatang Tinggi C, En Ahmad Nazri Hamid dan diteruskan dengan ucapan oleh Penyelaras YADIM Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan.

Mohd Afifi dalam ucapannya berkata, program YADIM Peduli ini merupakan kesinambungan daripada program-program penyampaian sumbangan asnaf YADIM yang lalu.

Sebanyak RM 5,000 disediakan bagi sumbangan barangan asas untuk daerah Seberang Perai Utara dan Tengah yang berlangsung pada hingga Selasa.

Seterusnya program diteruskan dengan ziarah ke rumah. Sebanyak sembilan buah rumah diziarahi oleh rombongan YADIM Pulau Pinang dan selesai program tersebut, penyampaian sumbangan diteruskan dengan menghantar kepada asnaf yang memohon melalui Facebook YADIM Pulau Pinang

Menurut Mohd Afifi, pihaknya menerima banyak permohonan masyarakat yang terkesan dengan perintah kawalan bersyarat (PKPB).

Katanya lagi, pihaknya akan meneruskan misi YADIM Peduli ke daerah Seberang Perai Tengah, dan bantuan kepada 50 penerima termasuk sanitasi rumah orang miskin sebanyak 5 buah rumah.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *