PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melalui melalui Program Musa’adah Covid-19 YADIM sedang mengusahakan bantuan kepada ahli-ahli Tabligh yang positif dijangkiti Covid-19.
Program Musa’adah Covid-19 YADIM ini dilancarkan berikutan penularan wabak itu dan menyasarkan pelbagai golongan selain ahli Tabligh, seperti para pelajar, asnaf dan petugas barisan hadapan.
Melalui program Musaadah Covid-19 YADIM, orang ramai juga boleh membantu dengan menyumbang kepada Tabung YADIM Peduli Covid-19. Terdapat dua cara mudah untuk menyumbang.
Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun 5660 1062 5428 (Maybank).
Setiap sumbangan layak mendapat pelepasan potongan cukai.
KOMEN