Home » Citra Yadim » YADIM, PERSIAP santuni asnaf bersama di Penjara Seremban

YADIM, PERSIAP santuni asnaf bersama di Penjara Seremban

SEREMBAN – Komuniti penjara di negeri ini terus disantuni menerusi pelbagai bentuk pengisian oleh YADIM Negeri Sembilan.

Pada 26 Jun, dengan kerjasama Persatuan Isteri, Anak-anak dan Anggota Wanita Penjara Seremban (PERSIAP), Persatuan Amal Dan Kebajikan Al Baasith Negeri Sembilan dan MyFundAction, telah diadakan program Bicara Dakwah di Dewan Wawasan Penjara Seremban di sini.

Ia disertai 53 Keluarga Asnaf, 20 Keluarga Penghuni Penjara Seremban dan 20 Keluarga PERSIAP Penjara Seremban.

Majlis ilmu ini disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahman Harman Shah Raniri, penceramah bebas didatangkan khas daripada Bangi.

Hadir ke program ini ialah Penyelaras YADIM Negeri Sembilan, Ustaz Hassanal Haris dan Pengurus Projek Rezeki Ummat MyFundAction, Encik Muhammad Azri Abdul Jalil.

Sebelum bersurai setiap keluarga menerima Kotak Rezeki Ummat MyFundAction bagi meringankan beban mereka.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *