Home » Citra Yadim » YADIM Perlis ziarahi golongan kurang bernasib baik

YADIM Perlis ziarahi golongan kurang bernasib baik

KANGAR – Seramai 50 orang daripada golongan kurang benasib baik disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis dalam program Ziarah Rahmah yang diadakan di sekitar bandar ini dan Sanglang pada 29 Oktober.

Program dijayakan oleh YADIM Perlis dan Sukarelawan Al Rahmah ini, turut disertai oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin dan Penyelaras YADIM Perlis, Zuhri Husain.

Berobjektifkan menyantuni golongan yang memerlukan serta menyebarluas konsep dahwah, rahmah dan gagasan Rahmatan Lil Alamin, para peserta telah disantuni dengan pemberian barangan keperluan harian yang sedikit sebanyak diharap dapat meringankan bebanan mereka.

Kakitangan yang terlibat turut menziarahi asnaf yang uzur di sekitar bandar ini.

Dalam pada itu, ketika ucapan ringkas pada pembukaan program, Zolkharnain telah menerangkan tentang gerak kerja dakwah serta program program yang diadakan oleh badan ini.

 

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *