SHAH ALAM – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) meneruskan kesinambungan hubungan baiknya dengan media apabila melakukan kunjungan hormat kepada pengamal media Kumpulan Karangkraf di Shah Alam pada 17 Julai.
Kunjungan hormat ini diketuai oleh Pengurus Besar Pengurusan dan Kewangan, Tuan Redhauddin Kamaruzaman dan diiringi lapan orang pegawai YADIM yang lain.
Beliau berkata, Kumpulan Karangkraf yang sinonim dengan “Sinar Harian” dan “Minggu Wanita” sememangnya platform media yang sangat baik serta sangat mesra dengan YADIM selama ini.
“ YADIM sebelum ini memang mempunyai hubungan yang sangat baik dengan media. Ini bukan sahaja dengan Kumpulan Karangkraf tetapi juga meliputi seluruh pengamal media.
“Selaras dengan visi YADIM iaitu Peneraju Dakwah Massa. Maka media adalah keperluan yang sangat penting untuk penyampaian maklumat,’’ katanya.
Turut dibincangkan di pertemuan itu perkara yang boleh dijadikan aktiviti secara kerjasama terutamanya untuk memperkasakan Dana Dakwah YADIM.
Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, pihaknya sangat berbesar hati dengan kunjungan ini, lebih-lebih lagi YADIM adalah organisasi dakwah.
KOMEN