Home » Langit Terbuka » Yadim, Perkim santuni pesakit Hospital Besut

Yadim, Perkim santuni pesakit Hospital Besut

Mahadi (baju putih) ketika menyantuni salah seorang pesakit di Hospital Besut. Foto FB

BESUT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Besut menyantuni 87 orang pesakit yang dirawat di Hospital Besut di Jerteh di sini petang ini (19 September).

YADIM yang diketuai oleh Pengarah Yadim Terengganu, Mahadi Awang manakala Perkim Cawangan Besut diketuai oleh Pengerusinya, Anuar Hassan meluangkan masa kira-kira satu setengah jam menemui pesakit di enam wad hospital ini.

Mahadi berkata, sempena program itu YADIM menyampaikan sumbangan kepada pesakit sambil bertanya kabar dalam usaha merapatkan hubungan silaturahim di samping menjelaskan konsep Rahmatan Lil Alamin.

Katanya, ziarah itu merupakan sebahagian daripada program Kembara Rahmah peringkat daerah Besut yang sebelum itu diisi dengan seminar untuk penjawat awam serta ramah mesra dengan masyarakat di Pantai Peranginan Air Tawar.

Pada sebelah malam pula diadakan program ‘Town Hall’ bersama 400 pelajar Kolej Vokasional Besut dengan pendekatan untuk memupuk kesedaran golongan muda khususnya pelajar kolej itu dalam pembangunan negara. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *