SEBERANG JAYA- Pada 8 Mei berlangsung Program YADIM Peduli Siri 3 dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Pengusaha & Pemandu Bas Utara bertempat di Dewan Sri Tenggiri di sini.
Seramai 40 orang pemandu bas yang terkesan dengan penularan Covid-19 menerima sumbangan barangan keperluan harian disampaikan Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( YADIM ) Pulau Pinang, Ustaz Afifi Ruslan.
Turut hadir Pengerusi Gabungan Pengusaha dan Pemandu Bas Utara, Ahmad Roslan.
Dalam ucapannya, Ahmad Roslan memberikan penghargaan kepada YADIM yang disifatkan sebagai pantas dan tidak banyak birokrasi dalam menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Beliau juga berharap dengan kerjasama seperti ini dapat memudahkan persatuan dalam mengenalpasti dan membantu penerima yang layak dan terkesan dengan wabak Covid-19 ini.
YADIM Pulau Pinang sebelum ini juga telah mengadakan program yang sama pada 2 Mei di Sungai Nibong dan 25 April di Batu Kawan.
Program ini adalah sebahagian daripada pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360).
KOMEN