KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan hari ini (23 Februari) telah menyampaikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan yang bertugas di sekatan jalan raya sekitar jajahan ini, Pasir Mas, Machang dan Bachok.
Antara yang disumbangkan ialah lima kotak pelitup muka, lima kotak air mineral, 70 bungkus nasi campur, lima kotak makanan segera, buah buahan, air kotak dan 100 pek makanan ringan.
Sumbangan disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Yang Berhormat Ustaz Ahmad Fathan Mahmood.
Turut hadir Pengarah YADIM Kelantan, Haji Mahadi Awang serta Pengerusi Sukarelawan YADIM Kelantan, Tuan Hazli Tuan Mamat.
Sumbangan ini sebagai penghargaan dan ucapan terima kasih pihak YADIM kepada petugas barisan hadapan di negeri ini.
KOMEN