Home » Citra Yadim » YADIM Peduli OKU di Pulau Pinang

YADIM Peduli OKU di Pulau Pinang

PADANG KOTA – Berbanding golongan normal, Orang Kelainan Upaya (OKU) lebih terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Mereka yang umpamanya bekerja sebagai tukang urut, kini terputus punca pendapatan.

Prihatin dengan keadaan itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 6 Februari melaksanakan program YADIM Peduli OKU di sekitar kawasan ini.

Seramai 50 OKU dan pesakit kronik menerima sumbangan barangan keperluan harian yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh. Hadir sama ialah Penyelaras YADIM Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan dan wakil Sukarelawan YADIM Padang Kota, Fatimah Zahrah Abd Rahman.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *