Home » Citra Yadim » YADIM Peduli: Muslim Revert Gathering di Ad-Deen Center

YADIM Peduli: Muslim Revert Gathering di Ad-Deen Center

SAUDARA Baharu sentiasa mendapat perhatian dalam inisiatif melestari gerakan dakwah oleh YADIM Negeri Kelantan.
Terbaharu menerusi kerjasama dengan Islamic Outreach ABIM Kelantan (IOAK), telah dianjurkan program YADIM Peduli: Muslim Revert Gathering di Ad-Deen Center, Kota Bharu pada 1 September.
Seramai 133 oang saudara baharu telah hadir dalam program ini.
Ucapan aluan telah disampaikan oleh Puan Hajah Intan Rohani Tan selaku Pengarah Program.
Pengerusi IOAK, Dato’ Dr. Abdul Razak Kechik, seterusnya telah menyampaikan ucapan perasmian program.
Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang telah diundang memberi pengisian dalam Slot YADIM Hubbul Watan.
Turut diadakan dalam program ini ialah Taklimat Pengenalan Saudara Baharu oleh Pengerusi Bahagian Operasi Dakwah IOAK, Haji Kamarudin Md Amin dan Slot Hati Ke Hati Saudara Baharu.
Bangunan Ad-Deen Center ini telah diberi oleh seorang individu yang mewakafkannya untuk kegunaan saudara baharu menjalankan aktiviti mereka.

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *