LENSA Program YADIM Peduli : Gotong-royong memasak Bubur Asyura sempena bulan Muharram 1445H oleh YADIM Kedah dan Perlis.
Seramai 35 anggota Sukarelawan YADIM (SAY) Sungai Petani, Pendang dan Padang Serai hadir bergotong- royong memasak Bubur Asyura di Pusat Gerakan SAY Sungai Petani, Taman Baiduri.
Pengarah YADIM Kedah dan Perlis, Puan Hafsah Husain dan kakitangannya turut serta menjayakan program ini.
Selesai gotong royong menyediakannya, anggota SAY kemudiannya mengagihkan bubur berkenaan kepada masyarakat setempat.
KOMEN